loader image

SEDERHANA TAPI MERIAH

Pada 31 Oktober yang lalu, Darul Insyirah telah mengadakan Majlis Penutupan Sempena Bulan Warga Emas di Surau An-Nur SPANCH, Country Height.

Dengan kehadiran seramai 40 orang peserta yang hadir daripada penduduk Country Height, Rakan Insyirah daripada Surau al-Umm, dan beberapa peserta lain turut hadir untuk mendengarkan Bicara Warga Emas bersama dua panel hebat dalam bidang reka bentuk dalaman iaitu Tuan Shafiq dan Puan Idayu daripada DO EIGHT STUDIO.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah pengasas dan pengerusi Darul Insyirah, Puan Hajjah Widad Asnawi dan rakan kerjasama Darul Insyirah iaitu beberapa staf daripada Selgate Corporation Sdn. Bhd.

Bulan Warga Emas telah melabuhkan tirainya pada 31 Oktober 2023 setelah selama sebulan kami melancarkan pelbagai program dibawah anjuran Darul Insyirah. Semoga kita direzekikan lagi untuk bertemu Bulan Warga Emas pada tahun hadapan dengan pelbagai program menarik selama sebulan. InshaAllah.
…………………………………………………………

“Mak Ayah Bukan untuk Dipinggirkan”

Share :