loader image

PEMERIKSAAN MENTAL DAN GIGI UNTUK WARGA EMAS DARUL INSYIRAH

BANGI, 6 NOV 2023 – Pada 3 November yang lalu, bonda Darul Insyirah telah melakukan sesi pemeriksaan gigi dan kesihatan mental yang dijalankan bersama pasukan Dr Normaliza dari USIM bagi melengkapkan kajian berkaitan Oral Health Behaviour Among Eldery With Cognitive Impairment and their caregivers.

Ketika melakukan pemeriksaan mental, bonda-bonda diberikan soalan dan perlu menjawab soalan yang diajukan untuk memeriksa tahap ingataan mereka.

Bonda-bonda juga diberikan gambar dan diminta ingat, tulis dan lukis kembali untuk melihat tahap memori dan daya ingatan bonda-bonda.

Setelah itu, bonda-bonda turut mendapatkan pemeriksaan gigi daripada pasukan Doktor Normaliza untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan akan membuat pemeriksaan lagi selepas 6 minggu.

Terima kasih pasukan Doktor Normaliza kerana sudi membuat pemeriksaan bonda-bonda Darul Insyirah. Bonda-bonda sangat gembira dapat membuat pemeriksaan mental dan gigi bersama pasukan Doktor Normaliza.

Share :