Profil Darul Insyirah

Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

Objektif Penubuhan

  1. Membangunkan sebuah rumah penjagaan warga emas Muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka;
  2. Merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarakat; dan
  3. Menjalinkan program kerjasama dengan masyarakat dan individu bagi memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif.

Visi

Mewujudkan standard piawaian mutu penjagaan dan pendidikan pusat-pusat penjagaan dan pendidikan warga emas Muslim di seluruh negara

Misi

Menyelamatkan aqidah warga emas Muslim di penghujung usia mereka dengan menuntut ilmu dan kembali menjadikan Islam sebagai cara hidup

Teras Utama

Kami di Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas.

Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Silibus yang diajar dan diberikan kepada penghuni adalah mengikut modul-modul yang disusun sesuai dengan keadaan penghuni.

Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.

Darul Insyirah semestinya menekankan tanggungjawab waris kepada penghuni. Kami adalah sebagai platform untuk membantu waris menjaga warga emas sewaktu waktu perlu memberi komitmen pada kerjaya. Namun, tanggungjawab daripada pihak waris tidak terkecuali sama sekali.
Waris tidak terlepas daripada tanggungjawab mereka sebagai seorang anak apabila bonda sakit atau mempunyai keperluan daripada waris.

Selain itu, tanggungjawab semasa berada di Darul Insyirah adalah diletakkan dibawah pengawasan pegawai dan pengurusan Darul Insyirah itu sendiri dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan keharmonian bonda-bonda disini dapat dikawal dan berada dalam keadaan yang baik. Tanggungjawab terhadap penyediaan fasiliti dalam mengekalkan fungsi fasiliti tersebut untuk memastikan keselesaan bonda bonda sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan. Sentiasa bertanggungjawab terhadap semua laporan tentang kerosakan dan kekurangan dalam premis untuk memastikan bonda bonda berpuas hati dan rasa setimpal dengan bayaran yang mereka berikan

Kasih sayang adalah merangkumi aspek berikut iaitu kasih sayang sesama penghuni disini, staff dan waris yang mana saling bertolak ansur dan secara terbuka. Hal ini kerana dalam membantu pihak pengurusan untuk menyediakan yang terbaik kepada warga emas yang menghuni dan juga penambahbaikan terhadap pengurusan Darul Insyirah itu sendiri

Perjuangan

  1. Memartabatkan golongan warga emas
  2. Memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa
  3. Meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah
  4. Menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra-ibadah warga emas
  5. Menyantuni golongan “single ladies” dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin
  6. “Smart caring home” berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.

Cawangan

1. Darul Insyirah Aisyah
  • Boleh urus diri
  • Kelas pengajian berkala (Isnin - Jumaat)
  • Pemeriksaan kesihatan dan aktiviti senaman seminggu sekali
2. Darul Insyirah Fatimah
  • Boleh urus diri
  • Kelas pengajian berkala (Isnin - Jumaat)
  • Pemeriksaan kesihatan dan aktiviti senaman seminggu sekali
3. Darul Insyirah Khadijah
  • Tak boleh urus diri
  • Perlukan penjagaan khusus dan teratur
  • Kelas pengajian berkala (Isnin - Jumaat)
  • Pemeriksaan kesihatan 2 kali seminggu
  • Perkhidmatan spa dan urutan sebulan sekali

Anda bersama kami

Pusat Jagaan &
Pendidikan Warga Emas

Darul Insyirah

Terima kasih

SUKARELAWAN DIPERLUKAN