loader image

MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PEMBANGUNAN SOP DAN PENYERAHAN SOP

BANGI, 13 SEPTEMBER 2023 – Di mulakan dengan latihan secara praktikal tentang cara-cara pengurusan operasi warga emas oleh Darul Insyirah dan perkongsian proses pembukaan rumah jagaan warga emas kepada UPEC (Ukhwahpadu Entrust Cares). Bukan sekadar itu sahaja, Darul Insyirah dan UPEC juga telah sama-sama melaksanakan latihan praktikal dan pembangunan SOP bersama-sama.

Alhamdulillah, proses pembangunan dan penulisan SOP yang dipersetujui UPEC dan Darul Insyirah hanya memakan masa selama 2 bulan sahaja untuk melengkapkannya. Kemuncak bengkel ini adalah pada 6 September 2023 yang lalu, dengan Majlis Penutupan Bengkel Pembangunan dan Penyerahan SOP. SOP ini akan digunakan oleh pihak UPEC untuk membantu mereka beroperasi tanpa “langgar dinding” dan memastikan pengoperasian harian berjalan lancar dengan pengalaman yg ada pada Darul Insyirah dalam industri warga emas.

Darul Insyirah dengan kolaborasi bersama Dawjie Sdn Bhd turut menawarkan servis konsultasi, latihan operasi dan pembangunan SOP buat pengendali warga emas. Jika ada pihak yang berminat untuk membuka pusat warga emas yang patuh syariah sebagai persediaan menghadapi negara tua 2030, boleh hubungi kami untuk kami membantu dalam perkara tersebut.

Turut hadir pada majlis penutup tersebut adalah Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat yang merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (Myageingβ„’) Universiti Putra Malaysia bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut.

Previous slide
Next slide
Share :