loader image

MENYESUAIKAN DIRI ANDA DI USIA TUA

Di peringkat usia tua, beberapa perubahan berlaku. Antaranya :-

1) Perasaan keseorangan dan kesunyian disebabkan kehilangan pasangan hidup, kehilangan teman-teman, berjauhan dengan anak-anak dan kekurangan upaya untuk bergerak

2) Kesempitan kewangan kerana bersara dan peningkatan perbelanjaan untuk rawatan perubatan

3) Perubahan pada tubuh badan seperti pergerakan dan tindakbalas menjadi perlahan, kurang daya ingatan, lemah sendi dan otot dan masalah tidur

🔹Tanda-tanda awal anda tidak dapat menyesuaikan diri di usia tua
– cepat marah
– sentiasa berasa letih dan lesu
– mudah risau
– kesedihan yang berpanjangan
– gangguan tidur
– kurang selera makan

🔹Petua ke arah kesihatan mental yang baik
1) luahkan/kongsi masalah anda dengan orang lain
2) luaskan pergaulan dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti
3) penuhi waktu sebaik mungkin seperti berkongsi hobi dengan keluarga
4) Jaga kesihatan diri
5) Bersikap realistik mengenai perubahan dalam asoek kekuatan fizikal, daya ingatan dan daya tumpuan

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Share :