loader image

CARA MENJAGA IBU AYAH YANG SAKIT TERLANTAR

1) Cuci muka dan lap badan dengan tuala

 

Seharian terlantar di katil pasti badan sudah lesu. Bagi yang berpenyakit kronik sudah pasti mandi di tandas adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Jadi cuci muka dan lap badan ibu dengan tuala agar dia berasa segar. Sikat rambut tukarkan baju, tukarkan cadar dan sarung bantal agar ibu ayah dapat merasakan suasana baru. Mungkin selepas melakukan semua ini selera makan akan terbuka.

 

2) Berikan minuman atau makanan sejuk terlebih dulu

 

Misalnya air sirap, agar-agar, puding atau manisan seperti bubur manis kemudian suapkan dulu ke mulut ibu ayah. Biar mereka berasa sejuk dan manis. Deria rasa ini akan membuatkan mulut tidak lagi payau dan bersedia untuk menjamah makanan seterusnya seperti bubur nasi atau makanan berkuah seperti sup ayam.

 

3) Buat jangan tunggu

 

Menjaga ibu ayah yang sedang sakit juga perlukan kesungguhan dan kerajinan. Jangan ambil mudah dan jangan malas. Jangan hanya menunggu mereka meminta makanan, jangan menunggu ibu ayah meminta untuk mandi atau digantikan lampin pakai buang, jangan menunggu sebaliknya terus buat. Terus urut badan, basahkan bibir mereka dengan air, mandikan mereka, suapkan mereka minuman dan makanan. Jangan tunggu sehingga mereka meminta kerana sifat orang tua mereka tidak akan meminta.  Kita yang harus tahu dan prihatin keperluan mereka. Jangan sehingga badan mereka berbau, najis sudah kering, bibir pecah-pecah disebabkan dihidrasi. Jangan sesekali.

 

Sumber : Laman Khaira

Share :