



Ini merupakan rekabentuk bangunan terkini, Sungai Merab Dalam Sepang. Berkemungkinan besar rekabentuk bangunan ini akan berubah demi kesejahteraan dan keselesaan warga emas.
OBJEKTIF
PENUBUHAN
DARUL INSYIRAH
- Membangunkan sebuah rumah penjagaan orang tua Islam yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.
- Merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarakat.
- Menjalinkan program kerjasama dengan masyarakat dan individu bagi memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif.
AKTIVITI
MENARIK
Buat Bonda-Bonda


Kelas Pengajian Ilmu Agama


Aktiviti Pertanian


Aktiviti Ibadah


Aktiviti Fizikal


Rutin Penjagaan Kesihatan


Aktiviti Sosial
KEUNIKAN
REKABENTUK
RUMAH KEDIAMAN DARUL INSYIRAH
- Patuh Syariah
- Mudah akses & selamat mesra warga emas
- Ruang selesa mesra warga emas
- Menyediakan kemudahan sokongan
- Menyediakan kemudahan sosial
- Bangunan berteknologi hijau, pintar & lestari
KRONOLOGI
PENUBUHAN
RUMAH KEDIAMAN DARUL INSYIRAH


Mula beroperasi dengan menyewa sebuah banglo 6 bilik di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor


2 Cawangan dibuka di Bangi Golf Resort & Sungai Ramal


Mula mengumpul dana/sumbangan bagi membiayai kos pembinaan Rumah Jagaan Darul Insyirah


Memulakan semula proses yang tergendala - Urusan pecah bahagian tanah, rekabentuk rumah jagaan kepada 3 tingkat di Sungai Ramal Dalam


Cadangan tapak pembinaan pusat ini dilanda banjir besar


Dalam urusan pembelian tanah di lokasi baru, Kampung Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Sepang
SESI
LAWATAN
TAPAK
"Site Visit"
Bersama firma-firma yang akan merekabentuk Rumah Kediaman Warga Emas Darul Insyirah di Sg Merab, Sepang. Rumah kediaman berkonsepkan “Smart Caring Home” ini menerapkan elemen mesra warga emas, mesra ibadah warga emas, pintar dan rendah karbon akan memuatkan kira-kira 150 penghuni di sini.






Bagi menjayakan misi ini
kami memerlukan sumbangan FASA 1 sebanyak
Sumbangan ini termasuklah kos pembinaan & kos operasi.
"Sesungguhnya sedekah benar-benar memadamkan panas kubur ahli sedekahnya,
dan seorang mukmin akan bernaung dengan naungan sedekahnya padahari kiamat"
Rakan Kerjasama
GOLDEN TIME, kumpulan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tahun 2020 dalam usaha mengumpul dana pembinaan rumah kediaman warga emas ini.



