Seramai lebih 40 orang warga emas memerlukan sebuah kereta untuk menghadiri ke kelas pengajian dan juga pengangkutan utama mereka jika mengadakan aktiviti lawatan. Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah sudah beroperasi lebih 10 tahun, tetapi kereta sedia ada telah uzur dan tidak mampu membawa warga emas dengan jarak yang jauh.
Dengan keadaan kenderaan yang tidak boleh memuatkan ramai warga emas dan uzur, staf perlu membuat beberapaΒ tripΒ ulang alik untuk memastikan warga emas dapat dihantar ke masjid atau surau bagi mengikuti kelas pengajian agama bersama masyarakat.
Β
Bagi memudahkan urusan seharian kelas pengajian Warga Emas, Darul Insyirah melancarkan kutipan dana sebanyak RM75,500 untuk pembelian sebuah kereta baru di Pertubuhan Darul Insyirah. InsyaAllah dengan bantuan anda semua, kami berharap dapat meringankan beban warga emas ini untuk menjalani ibadah dan mendapatkan rawatan jika diperlukan.
Pihak Darul Insyirah ingin mengajak Tuan/ Puan untuk bersama-sama merealisasikan hasrat warga emas di Darul Insyirah bagi mendapatkan sebuah kereta baru dengan sumbangan 1 Lot serendah RM10.00 tetapi tiada had sumbangan maksimum.
#Setiap sumbangan RM50 keatas layak memohon resit Pengecualian Cukai daripada kami