Categories
Umum

Lawatan & Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Darul Insyirah

17 MAC 2021 : Menerima lawatan daripada ahli barisan tertinggi Mega Klinik Zahran di rumah kediaman bonda di Sungai Ramal Dalam, bersama juga dalam kunjungan tersebut adalah pengasas dan pengerusi Darul Insyirah iaitu Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi. Kunjungan tersebut adalah untuk melawat bonda-bonda dan bertegur sapa.

Ahli barisan tertinggi mega klinik zahran juga diberi penerangan tentang bagaimana operasi di rumah kediaman bonda.Penerangan tentang operasi dan maklumat tersebut diberikan oleh Ketua Pegawai Operasi PACU Ustaz Saflie Azwan dan pegawai operasi Darul Insyirah Cik Nor Ain.

Telah berlangsung juga acara menandatangani borang perjanjian terima sebagai Ahli Lembaga Pengarah Darul Insyirah oleh ahli barisan tertinggi Mega Klinik Zahran yang disaksikan oleh Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah, Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Nafidz, Puan Ummul Khairiyah dan Encik Muaz kerana menjadi Ahli Lembaga Pengarah bersama dengan Darul Insyirah. Semoga dengan pelantikan ini akan menambah kualiti perkhidmatan yang boleh disediakan oleh Darul Insyirah pada masa akan datang, Amin.

Categories
Kisah Benar

“Masa tu aku rasa seperti bumi berhenti berputar …”

Pada hari graduasi, situasi aku tidak sama seperti kawan-kawan yang lain. Saat aku masuk ke dewan graduasi hanya mama dan adik beradik yang lain yang masuk, tapi bukan ayah. Saat nama aku disebut dalam senarai pelajar cemerlang, ayah tiada disitu untuk merasai kegembiraan itu. Saat kawan-kawan yang bergambar dengan senyuman bersama ibu dan ayah, aku hanya bersama mama dan adik beradik. Tiada gambar bersama ayah. Tapi, sebenarnya ayah aku masih ada.

Sebenarnya ayah bukan tidak mahu hadir pada hari itu, tapi ayah sudah lama diuji dengan sakit. Bukan sekejap, tapi hampir 5 tahun diuji sakit bermula dengan serangan angin ahmar. Bermula dari situ, kehidupan aku dan keluarga berubah.

Peranan ayah dalam menguruskan anak-anak sudah mula digantikan oleh mama. Kami adik-beradik pula bergilir-gilir membantu menguruskan ayah walaupun masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Kami tidak pasti sampai bila kesihatan ayah akan bertambah baik.

Aku melangkah ke alam pekerjaan sejurus sahaja tamat bergraduasi daripada salah sebuah kolej. Aku mengambil keputusan untuk bekerja di salah sebuah pusat jagaan warga emas yang sangat menitikkan pendidikan bermula dari bayi sehingga usia warga emas.

Pekerjaan menjaga warga emas bukanlah pekerjaan ‘impian’ lagi-lagi anak muda seperti aku. Tapi ada sebabnya kenapa aku terus berada disini walaupun terpaksa berjauhan dengan ayah yang semakin uzur.

Tanggungjawab aku di tempat kerja sedikit pun tidak menghalang aku untuk terus berbakti kepada ayah. Setiap minggu aku akan bergilir mengambil tanggungjawab untuk pulang ke kampung menguruskan ayah. Begitulah rutin mingguan aku dan adik beradik yang lain.

Sehinggalah pada suatu hari, disaat aku dibuai tidur yang lena dan tidak memikirkan apa yang bakal terjadi walaupun pada petang itu mama maklumkan keadaan ayah.

Sekitar jam 4.15 pagi, aku terima panggilan tertera nama mama, “Ain, ayah dah takde….” rupanya adik yang menelefon diringi dengan tangisan. Allah…aku kaku dan hanya membalas “Tunggu Ain balik…”. Betul, pada waktu itu aku rasa seperti ”bumi berhenti berputar”.

Begitulah cerita 8 tahun yang lalu. Ayah yang Ain sayang telah pergi selamanya. Allah bagi kami adik beradik ‘hadiah’ yang tak ternilai iaitu berkhidmat sepanjang ayah diuji dengan sakit selama 8 tahun. Pengalaman menjaga ayah sebenarnya hikmah besar buat kami.

Kami kehilangan ayah yang sangat baik dan tidak culas menjalankan tanggungjawab. Mama pula kehilangan ‘pelengkap hidup’ yang sangat disayangi. Tapi, didikan ayah terhadap kami adalah ‘bekalan’ untuk kehidupan kami didunia dan akhirat. Terima kasih ayah…”Tunggu Ain di syurga…”

Ibu ibarat ‘kunci’ ke syurga, ayah pula ibarat ‘pintu’ syurga. Jika kita tidak menjaga keduanya, pasti akan susah untuk masuk ke syurga. Jadi taat dan berbakti sebaiknya kepada kedua ibu bapa kita kerana tanpa mereka, kita bukan siapa-siapa.

Al-Fatihah …

Categories
Umum

‘Abah’ pergi mana masa ayah dia meninggal?

Aku bersama teman-teman yang lain sampai ke kampung halaman ‘abah’ pada senja hari. Ramai sudah memenuhi ruang halaman rumahnya sambil membaca yasin. Semakin menghampiri malam, makin ramai tetamu yang datang melawat.

Aku tengok ‘abah’ memang tabah melayani tetamu yang hadir. Walaupun di ruang tamu yang terkujurnya satu jasad tidak bernyawa itu adalah bapa kepada ‘abah’ sendiri. Jenazah arwah ayah kepada ‘abah’ yang akan dikebumikan keesokan paginya sementara menunggu saudara mara yang lain.

Kami berlima berada disitu sehingga lewat malam dan bermalam di surau berhampiran rumahnya. Pada malam itu juga, ‘abah’ tidur bersama kami di surau. Hebat akhlak anak muda ini melayan tetamunya. Boleh jadi dia juga memerlukan kami untuk dia kuat hadapi kesedihannya.

Orang yang aku kenali sebagai ‘abah’ ini sangat aku kenal peribadinya. Sahabat yang digelar ‘abah’ kerana keperibadian nya seperti seorang ayah buat kami. Dia yang tidak jemu2 ajak aku dan kawan-kawan buat kebaikan. Seumur hidup aku tidak pernah ada jubah dan jubah pertama yang aku pakai dalam hidupku adalah hadiah dari dia.

Cara hidupku banyak berubah asbab mengenali dirinya. Namun, di hari pengebumian ayah tersayang, seorang sahabat yang kuat semangatnya berbanding kami semua menitiskan air matanya. Sampai aku sekali menangis tengok dia kesedihan yang dialaminya.

Selang sebulan kemudian tidak ketemu..

Aku mendapat perkhabaran yang ‘abah’ dimasukkan ke hospital di pusat bandar. Ketika aku melawat, dia beritahu pada ku sesuatu yang membuatkan aku terdiam seketika.

“Kaki kanan ‘abah’ akan dipotong sebab ada jangkitan…” beritahu abah sambil tersenyum.

Kelu lidah aku nak berkata-kata. cuba tidak menghilangkn mood ‘abah’. Dua hari kemudian, aku diberitahu yang ‘abah’ telah meninggalkan kami semua. Allah lebih sayangkan kau abah. Kau orang baik! Air mataku tidak henti mengalir membasahi pipi. Seorang sahabat dunia yang sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan akhirat pergi meninggalkanku selamanya.

Aku bersyukur ada sahabat macam kau ‘bah’ dan aku gembira sebab dapat berkenalan dengan kau. Aku yakin mempunyai sahabat yang baik juga adalah satu nikmat terbesar yang Allah pernah hadiahkan dalam hidup aku. Moga kau tenang disana ‘abah’. Kau dah tak perlu tanggung kesakitan didunia.

Tatkala aku jauh menyimpang jauh dan lalai dengan dunia, sahabat ini lah yang tarik aku Kembali. Sahabat ini lah yang Allah hantar untuk tegur aku. Allah boleh hantar dan bila-bila masa Allah boleh tarik semula nikmat sahabat ini. Namun aku percaya, bukan aku seorang yang mempunyai sahabat dunia akhirat begini. Doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk ‘abah’ tenang disana.

Selagi mereka ada, hargai lah mereka. Begitu juga orang sekeliling kita termasuklah mak dan ayah kita. Mereka juga yang mendidik kita menjadi ‘manusia’ yang sebenar pada hari ini.

Kisah benar
Seorang sahabat yang merindui sahabat yang sangat baik akhlaknya. Moga Allah pertemukan kita di syurga kelak.

Categories
Umum

Lepas balik tu rasa macam nak kejang satu badan

Betul, macam nak kejang badan aku sebab dah lama tak lasak macam ni. Tapi macam-macam juga aku belajar sebenarnya.

Macam-macam karenah dan situasi bonda-bonda di Darul Insyirah. Antaranya ialah mereka menghidap ‘dementia’, ada yang makan guna tiub semua tu dan pelbagai lagi situasi yang dihadapi. Tapi mereka ini perlu dijaga dengan baik dan rapi semestinya perhatian dan juga pantauan selama 24 jam oleh ‘nurse’ yang berada disitu.

Apa yang aku rasa sepanjang jaga tu adalah hari-hari bonda-bonda ni akan sebut pasal anak mereka. Walaupun makan pakai tiub, tiap-tiap malam dia akan sebut nama anak dia. Kadang tu sebak aku dengar.

Mungkin bukan pilihan mereka untuk berada disitu dan bukan pilihan anak-anak untuk menghantar mak mereka ke sana. Tapi, mereka ada sebab tersendiri kenapa tindakan tersebut dibuat dan antara sebabnya adalah komitmen kerja mereka yang tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada mak mereka.

Kat Darul Insyirah, ‘nurse’ akan uruskan segalanya daripada makan,pakai dan sampai solat pun ‘nurse’ akan pastikan mereka solat tepat pada waktunya. Sesuai dengan penubuhan Darul Insyirah juga adalah untuk memberi kemudahan yang selesa untuk kebajikan hidup mereka dan kesejahteraan hidup warga emas.

Ini adalah kali pertama aku jadi sukarelawan disini. Tambahan lagi kena jaga bonda yang ‘bedridden’ yang mana ianya sangat mencabar emosi dan fizikal. Seronok sebab banyak benda baru yang aku dapat ‘explore’. Sebelum ni aku tengok kat TV je kisah jaga orang-orang tua tapi kali ni aku merasai sendiri walaupun dalam masa yang singkat.

Kadang-kadang bukan rasa macam kerja tapi lebih kepada tanggungjawab dan ibadah. Masa jaga diorang tu, terus aku aku terfikir kalau mak ayah aku dah berusia macam ni. Aku pun kena jaga mereka macam ni juga.

” This is the most precious part time i’ve ever done”.

Jom korang mungkin tak ada masa dan keupayaan untuk bantu mereka, tapi bantu yang mana termampu.

Rabiatul Maharani Mahmood
Pelajar IPT
(Sukarelawan Darul Insyirah)

Categories
Umum

Rumah warga emas, tempat buang mak ayah

Betul ke hantar mak ayah ke pusat jagaan orang tua sebab nak buang mereka? Betul ke pusat warga emas ini adalah tempat untuk mak ayah habiskan sisa hidup mereka?

Biasa kan kita dengar kata-kata negatif, bisikan jahat dan pemikiran lama kebanyakan masyarakat kita berkaitan pusat jagaan warga emas. Jom ubah minda negatif anda semua kepada minda yang positif terhadap rumah warga emas! Dan kalau nak tahu pusat warga emas lah paling selamat!

1. Pusat warga emas yang patuh syariah sudah semestinya sangat mementingkan solat lima waktu mak ayah dan memastikan aktiviti yang terisi adalah bermanfaat. Sangat menjaga akidah mak ayah kita kan! Jangan terkejut sebab ada warga emas yang dihantar ke pusat warga emas yang salah sehingga boleh merosakkan akidah mak ayah.

2. Pusat warga emas adalah tempat yang ramai kawan-kawan sebaya . Jadi mak ayah kita ni tidak kesunyian bila anak-anak sibuk mencari rezeki diluar sana. Anak-anak pun tidak risau apa yang terjadi pada mak ayah mereka dan boleh bekerja dengan tenang.

3. Pusat warga emas adalah paling selamat untuk dihuni. Ya la kalau kat rumah sendiri atau rumah anak-anak bukannya tidak selamat tetapi ada kekangan tertentu. Kalau di pusat warga emas, ada warden yang bertugas 24 jam memastikan keselamatan mak ayah terjamin. Terjaga pakai makan mereka. Lega kan dengar?

4. Pusat warga emas adalah tempat terbaik untuk belajar . Belajar ilmu agama seperti sirah nabi, syariah, hadis dan macam-macam lagi. Mereka dulu bukan tak belajar tapi kat pusat warga emas mereka dapat ‘meremajakan’ semula ingatan dan kuatkan semula pemahaman agama mereka.

Memang tidak dinafikan ada pusat warga emas yang dijadikan tempat untuk meletakkan mak ayah selama-lamanya. Tapi bukan semua ya..Pasti ada juga yang tertanya masih ada ke pusat warga emas yang ada ciri-ciri kat atas ni? Mesti lah ada! Mestilah ada pusat warga emas yang mementingkan tanggungjawab anak-anak atau waris terhadap warga emas yang dihantar. Paling penting akidah mereka ini sangat dijaga!

Disinilah pentingnya menghantar mak ayah ke pusat jagaan warga emas yang betul dan mementingkan pendidikan sepanjang hayat.

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah di bawah inisiatif Darul Insyirah memerlukan dana bagi membina Kompleks pengajian warga emas kami.

Ingin sama membantu merealisasikan impian kami membina Kompleks Darul Insyirah? Klik link di bawah: