Categories
Rumah Kediaman

Sumbang Saran antara Darul Insyirah dan Settera Healthcare

18 MAC 2021 : Antara isu yang dibicangkan adalah bagaimana kerjasama antara Darul Insyirah dan Settera Healthcare akan menjadi sebuah pakatan yang bermanfaat, makmur dan berterusan. Intipati utama dalam Brainstorming ini adalah kedua dua pihak berbincang tentang rangka yang perlu disusun dengan teliti seperti :-

1.Pengurusan dan pentadbiran syarikat masing-masing.

2.Struktur SPV (special purpose vehicle) untuk menjalankan pentadbiran, pengurusan, kemudahan penjagaan usia Islam bertaraf dunia bersama.

3.Jenama dan konsep penjagaan warga emas islamik.

Semoga dengan kerjasama ini akan dapat meningkatkan prestasi syarikat masing-masing disamping dapat meningkatkan mutu kualiti yang ditawarkan kepada warga emas.

Categories
Rumah Kediaman

Tandatangan ‘Submission Plan’

16 MAC 2020 : Alhamdulillah selesai menandatangani untuk ‘submission plan’ rumah kediaman Darul Insyirah untuk warga emas di Sungai Merab oleh Pengasas Dan Pengerusi Darul Insyirah, Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi. Sudah selangkah kehadapan proses pembinaan rumah kediaman Darul Insyirah ini. Semoga semua urusan dipermudahkan agar kita dapat cepat-cepat membina rumah kediaman warga emas ini, agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang kita telah tetapkan iaitu untuk menjaga nasib dan pendidikan untuk warga emas ini.Semoga usaha keras kita dalam membela nasib warga emas diberkati oleh Allah SWT.

Categories
Rumah Kediaman

Rekabentuk Terbaru Darul Insyirah

Cantikkan reka bentuk Rumah Kediaman Tetuan Darul Insyirah yang bakal dibina ini. Eh, kenapa reka bentuk dia berbeza pula? Bukan yang dulu lain ke? Haa.. Pasti ada yang tertanya kenapa reka bentuk ini berbeza dengan reka bentuk sebelum ini.Faktor berlaku perubahan reka bentuk Rumah Kediaman Tetuan Darul Insyirah adalah disebabkan tanah yang lama telah berpindah ke tempat yang baru. Perpindahan berlaku disebabkan oleh bencana alam iaitu banjir. Lokasi sebelum ini adalah bertempat di Sungai Ramal, bangi dan lokasi terbaru adalah di Sungai Merab, Sepang Selangor. Lokasi baru ini mempunyai keluasan tanah yang lebih besar berbanding tanah yang lama. Jadi reka bentuk juga telah diubahsuai mengikut keluasan tanah yang baru. Jadi kami dengan kata sepakat telah bersetuju untuk membina Rumah Kediaman mengikut reka bentuk baru seperti yang tertera diatas.

Categories
Rumah Kediaman

Majlis Penyerahan Tabung : Darul Insyirah & Megaklinik Zahran

Telah berlangsung majlis penyerahan tabung oleh pihak pengurusan Darul Insyirah kepada Megaklinik Zahran Seksyen 9 Bangi . Penyerahan tabung ini mewakili penyerahan kepada semua cawangan Kumpulan Megaklinik Zahran di seluruh negara. Kerjasama ini adalah untuk mencapai satu hasrat murni bagi pembangunan Rumah Kediaman Darul Insyirah.

Categories
Rumah Kediaman

Lawatan Tapak : Tender Terbuka

Sesi lawatan tapak bersama firma-firma yang menerima pelawaan tender terbuka mereka bentuk Rumah Kediaman Warga Emas Darul Insyirah di Sg Merab, Sepang. Rumah kediaman berkonsepkan “Smart Caring Home” ini menerapkan elemen mesra warga emas, mesra ibadah warga emas, pintar dan rendah karbon akan memuatkan kira-kira 150 penghuni di sini.