𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐎𝐍𝐃𝐀-𝐁𝐎𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐘𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐂𝐄𝐌𝐏𝐀𝐊𝐀 🇲🇾

BANGI, 23 Ogos 2023 – Pejam celik, kita telah masuk Hari Kemerdekaan kali- 66 pada tahun ini. Alhamdulillah, kami di Darul Insyirah telah pun mengambil inisiatif dengan membawa bonda-bonda ke Taman Tasik Cempaka sambil meraikan bulan kemerdekaan yang penuh makna ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat menghayati erti sebenar kemerdekaan dan menzahirkan semangat itu dalam bentuk perpaduan yang jitu serta keharmonian yang utuh, demi mengekalkan kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, baginda mahu rakyat menjulang erti sebenar hidup dalam suasana merdeka dan bersatu padu, sekali gus ia dapat mengelak pihak tertentu menyebarkan kebencian dan fitnah yang boleh menggugat keamanan.

Ilmu, tanggungjawab dan kasih sayang adalah penerapan kami mahu diantara staf, waris ataupun para bonda yang dikasihi. Tengoklah wajah-wajah bonda Darul Insyirah, bukan main seronok ye.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti zumba, kuiz kemerdekaan dan nyanyian lagu patriotik beramai-ramai. Ha, siapa kata bonda kami tidak mampu untuk menjawab kuiz-kuiz yang disediakan? Bukan main hebat ye semuanya.

Tak habis dengan itu, kami bawa pula bonda-bonda menjamu selera di Redup Rimba, Taman Tasik Cempaka, Bangi. Langkah kanan orang kata, kebetulan tuan kedai telah belanja semua bonda dan staf untuk makan apa sahaja pada waktu itu. Apa lagi bukan main seronok semuanya, alhamdulillah. Semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan kedai Redup Rimba.

Alhamdulillah, bonda-bonda sangat seronok dan teruja dengan program yang dianjurkan pada kali ini. Jamuan yang diberi juga amatlah sedap lagi menyelerakan.

…………………………………………………………

“Mak Ayah Bukan untuk Dipinggirkan”

Share :

Sumbangan Diperlukan :

FASA 1 : Pembinaan Pembangunan Rumah Kediaman Warga Emas

Tanah ini akan dibina sebuah rumah kediaman yang mesra warga emas. Tanah yang berkeluasan hampir 1 ekar ini terletak di Sungai Merab, Sepang.

RM1.57 million of RM5 million raised

Korban Sambil Berinfaq Bersama Darul Insyirah

Alhamdulillah tahun 2021 akan datang ini adalah tahun ke 5 kami menguruskan urusan korban di Kemboja ini. Korban yang dijalankan diperkampungan muslim di Kemboja. Mari berkorban bersama kami.

RM14,230 of RM171,500 raised