Darul Insyirah telah bekerjasama dengan Ukhwah Padu Myageingcare, UPM

BANGI, Selasa – Pada 9 Jun 2023, Darul Insyirah telah bekerjasama dengan Ukhwah Padu @myageingcare, UPM untuk menjalankan latihan  dan membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengendalian kemudahan yang menyediakan perkhidmatan kepada warga emas.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada warga emas, memastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga dan mewujudkan operasi yang cekap dari masa ke semasa.

Latihan ini telah dihadiri oleh pengasas, pegawai tertinggi dan beberapa orang tim pelaksana daripada kedua-dua buah organisasi. Latihan dimulakan dengan sesi pengenalan yang diketuai oleh ketua kedua-dua organisasi, di mana objektif dan faedah latihan telah diterangkan kepada semua peserta.

Sesi latihan dimulakan dengan memberi tumpuan kepada sesi pendaftaran dan kemasukan penghuni. Kemudian, peserta turut terlibat dalam perbincangan mengenai konsep industri warga emas, pengenalan borang dan syarat kemasukan serta diakhir sesi latihan tersebut, semua peserta telah mempelajari apa dan bagaimana program atau aktiviti warga emas ini dilaksanakan mengikut garis panduan yang betul.

Semoga langkah awal dengan pelaksanaan latihan dan pembangunan SOP ini memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua buah organisasi.  Dalam sesi latihan ini, Ukhwah Padu memperoleh gambaran yang lebih mendalam tentang keperluan dalam penjagaan warga emas daripada pihak Darul Insyirah.  Siri 2 bagi Latihan dan Pembangunan SOP Pengoperasian Penjagaan Warga Emas ini akan diteruskan pula pada 16 Jun 2023.  Moga terus maju jaya buat kedua-dua organisasi besar ini.

Share :

Sumbangan Diperlukan :

FASA 1 : Pembinaan Pembangunan Rumah Kediaman Warga Emas

Tanah ini akan dibina sebuah rumah kediaman yang mesra warga emas. Tanah yang berkeluasan hampir 1 ekar ini terletak di Sungai Merab, Sepang.

RM1.57 million of RM5 million raised

Korban Sambil Berinfaq Bersama Darul Insyirah

Alhamdulillah tahun 2021 akan datang ini adalah tahun ke 5 kami menguruskan urusan korban di Kemboja ini. Korban yang dijalankan diperkampungan muslim di Kemboja. Mari berkorban bersama kami.

RM14,230 of RM171,500 raised