Tandatangan ‘Submission Plan’

16 MAC 2020 : Alhamdulillah selesai menandatangani untuk ‘submission plan’ rumah kediaman Darul Insyirah untuk warga emas di Sungai Merab oleh Pengasas Dan Pengerusi Darul Insyirah, Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi. Sudah selangkah kehadapan proses pembinaan rumah kediaman Darul Insyirah ini. Semoga semua urusan dipermudahkan agar kita dapat cepat-cepat membina rumah kediaman warga emas ini, agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang kita telah tetapkan iaitu untuk menjaga nasib dan pendidikan untuk warga emas ini.Semoga usaha keras kita dalam membela nasib warga emas diberkati oleh Allah SWT.

Share :

Sumbangan Diperlukan :

FASA 1 : Pembinaan Pembangunan Rumah Kediaman Warga Emas

Tanah ini akan dibina sebuah rumah kediaman yang mesra warga emas. Tanah yang berkeluasan hampir 1 ekar ini terletak di Sungai Merab, Sepang.

RM1.57 million of RM5 million raised

Korban Sambil Berinfaq Bersama Darul Insyirah

Alhamdulillah tahun 2021 akan datang ini adalah tahun ke 5 kami menguruskan urusan korban di Kemboja ini. Korban yang dijalankan diperkampungan muslim di Kemboja. Mari berkorban bersama kami.

RM14,230 of RM171,500 raised