17 MAC 2021 : Menerima lawatan daripada ahli barisan tertinggi Mega Klinik Zahran di rumah kediaman bonda di Sungai Ramal Dalam, bersama juga dalam kunjungan tersebut adalah pengasas dan pengerusi Darul Insyirah iaitu Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi. Kunjungan tersebut adalah untuk melawat bonda-bonda dan bertegur sapa.
Ahli barisan tertinggi mega klinik zahran juga diberi penerangan tentang bagaimana operasi di rumah kediaman bonda.Penerangan tentang operasi dan maklumat tersebut diberikan oleh Ketua Pegawai Operasi PACU Ustaz Saflie Azwan dan pegawai operasi Darul Insyirah Cik Nor Ain.
Telah berlangsung juga acara menandatangani borang perjanjian terima sebagai Ahli Lembaga Pengarah Darul Insyirah oleh ahli barisan tertinggi Mega Klinik Zahran yang disaksikan oleh Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah, Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Nafidz, Puan Ummul Khairiyah dan Encik Muaz kerana menjadi Ahli Lembaga Pengarah bersama dengan Darul Insyirah. Semoga dengan pelantikan ini akan menambah kualiti perkhidmatan yang boleh disediakan oleh Darul Insyirah pada masa akan datang, Amin.