‘Abah’ pergi mana masa ayah dia meninggal?

Aku bersama teman-teman yang lain sampai ke kampung halaman ‘abah’ pada senja hari. Ramai sudah memenuhi ruang halaman rumahnya sambil membaca yasin. Semakin menghampiri malam, makin ramai tetamu yang datang melawat.

Aku tengok ‘abah’ memang tabah melayani tetamu yang hadir. Walaupun di ruang tamu yang terkujurnya satu jasad tidak bernyawa itu adalah bapa kepada ‘abah’ sendiri. Jenazah arwah ayah kepada ‘abah’ yang akan dikebumikan keesokan paginya sementara menunggu saudara mara yang lain.

Kami berlima berada disitu sehingga lewat malam dan bermalam di surau berhampiran rumahnya. Pada malam itu juga, ‘abah’ tidur bersama kami di surau. Hebat akhlak anak muda ini melayan tetamunya. Boleh jadi dia juga memerlukan kami untuk dia kuat hadapi kesedihannya.

Orang yang aku kenali sebagai ‘abah’ ini sangat aku kenal peribadinya. Sahabat yang digelar ‘abah’ kerana keperibadian nya seperti seorang ayah buat kami. Dia yang tidak jemu2 ajak aku dan kawan-kawan buat kebaikan. Seumur hidup aku tidak pernah ada jubah dan jubah pertama yang aku pakai dalam hidupku adalah hadiah dari dia.

Cara hidupku banyak berubah asbab mengenali dirinya. Namun, di hari pengebumian ayah tersayang, seorang sahabat yang kuat semangatnya berbanding kami semua menitiskan air matanya. Sampai aku sekali menangis tengok dia kesedihan yang dialaminya.

Selang sebulan kemudian tidak ketemu..

Aku mendapat perkhabaran yang ‘abah’ dimasukkan ke hospital di pusat bandar. Ketika aku melawat, dia beritahu pada ku sesuatu yang membuatkan aku terdiam seketika.

“Kaki kanan ‘abah’ akan dipotong sebab ada jangkitan…” beritahu abah sambil tersenyum.

Kelu lidah aku nak berkata-kata. cuba tidak menghilangkn mood ‘abah’. Dua hari kemudian, aku diberitahu yang ‘abah’ telah meninggalkan kami semua. Allah lebih sayangkan kau abah. Kau orang baik! Air mataku tidak henti mengalir membasahi pipi. Seorang sahabat dunia yang sentiasa mengingatkan aku tentang kehidupan akhirat pergi meninggalkanku selamanya.

Aku bersyukur ada sahabat macam kau ‘bah’ dan aku gembira sebab dapat berkenalan dengan kau. Aku yakin mempunyai sahabat yang baik juga adalah satu nikmat terbesar yang Allah pernah hadiahkan dalam hidup aku. Moga kau tenang disana ‘abah’. Kau dah tak perlu tanggung kesakitan didunia.

Tatkala aku jauh menyimpang jauh dan lalai dengan dunia, sahabat ini lah yang tarik aku Kembali. Sahabat ini lah yang Allah hantar untuk tegur aku. Allah boleh hantar dan bila-bila masa Allah boleh tarik semula nikmat sahabat ini. Namun aku percaya, bukan aku seorang yang mempunyai sahabat dunia akhirat begini. Doakan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk ‘abah’ tenang disana.

Selagi mereka ada, hargai lah mereka. Begitu juga orang sekeliling kita termasuklah mak dan ayah kita. Mereka juga yang mendidik kita menjadi ‘manusia’ yang sebenar pada hari ini.

Kisah benar
Seorang sahabat yang merindui sahabat yang sangat baik akhlaknya. Moga Allah pertemukan kita di syurga kelak.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Sumbangan Diperlukan :

FASA 1 : Pembinaan Pembangunan Rumah Kediaman Warga Emas

Tanah ini akan dibina sebuah rumah kediaman yang mesra warga emas. Tanah yang berkeluasan hampir 1 ekar ini terletak di Sungai Merab, Sepang.

RM729,295 of RM5 million raised

Korban Sambil Berinfaq Bersama Darul Insyirah

Alhamdulillah tahun 2021 akan datang ini adalah tahun ke 5 kami menguruskan urusan korban di Kemboja ini. Korban yang dijalankan diperkampungan muslim di Kemboja. Mari berkorban bersama kami.

RM2,867 of RM171,500 raised

Anda bersama kami

Pusat Jagaan &
Pendidikan Warga Emas

Darul Insyirah

Terima kasih

SUKARELAWAN DIPERLUKAN